Etiologi Strok
Dalam istilah perubatan, etiologi adalah kajian saintifik penyebab penyakit. Penyebab utama strok boleh dikelaskan kepada tiga jenis iaitu Strok Iskemia, Stroke Berdarah dan Serangan Iskemia Sementara (TIA).
Strok Iskemia
Strok Iskemia atau Iskemia berlaku apabila terdapat aliran darah yang teruk akibat penyekatan atau penyempitan arteri ke otak. Stroke Iskemia merangkumi 80% kes strok dan yang paling umum strok ini termasuk:
- Strok Trombotik: Apabila bekuan darah (trombus) terbentuk di salah satu arteri yang membekalkan darah ke otak. Bekuan tersebut mungkin disebabkan oleh deposit lemak (plak) yang terkumpul di dalam arteri dan menyebabkan aliran darah yang berkurangan (aterosklerosis) atau kerosakan lain ke arteri.
- Strok Embolik: Apabila pembekuan darah atau serpihan lain terbentuk jauh dari otak – biasanya di dalam jantung anda dan mengalir melalui aliran darah untuk berkumpul dalam arteri, aliran ke otak akan menjadi sempit. Jenis bekuan darah ini dipanggil emboli.
Strok Berdarah
Strok Berdarah terjadi apabila adanya kebocoran atau pecahan saluran darah di dalam otak. Pendarahan otak boleh mengakibatkan banyak penyakit yang mempengaruhi saluran darah anda, termasuk:
- Tekanan darah tinggi tidak terkawal (hipertensi)
- Rawatan yang berlebihan dengan antikoagulan (pencair darah)
- Kawasan yang lemah di dinding saluran darah (aneurisme)
Pendarahan Intraserebral
- Apabila saluran darah di dalam otak pecah dan bocor ke tisu otak, kerosakan sel-sel otak akan terjadi. Sel-sel otak disebalik kebocoran tersebut juga akan mengalami kerosakan disebabkan kekurangan bekalan darah.
- Ini akan terjadi apabila berlakunya tekanan darah tinggi, trauma, kecacatan vascular, penggunaan ubat pencairan darah dan sebab lain.
Pendarahan subarachnoid
- Apabila arteri yang di atas atau berdekatan dengan permukaan otak pecah dan bocor ke dalam ruangan antara permukaan otak dan tengkorak, ia selalunya akan menyebabkan sakit kepala yang serius.
- Antara punca biasa pendarahan subarachnoid ialah pemecahan aneurisme yang berbentuk beri. Saluran darah di dalam otak berkemungkinan menjadi lebar dan sempit secara berterusan (vasospasm) selepas pendarahan, menyebabkan kerosakan sel-sel otak kerana kekurangan aliran darah.
Serangan Iskemia Sementara (TIA)
Juga dikenali sebagai strok mini, Transient Ischaemic Attack (TIA) – adalah tempoh sementara bagi simptom yang sama seperti seseorang yang mengalami strok. TIA berkemungkinan terjadi selama beberapa minit disebabkan kekurangan aliran darah ke bahagian terentu di dalam otak.
TIA terjadi apabila aliran darah disekat oleh darah beku atau serpihan ke bahagian tertentu di sistem saraf. Kerosakan tisu tidak berkekalan dan simptom yang berpanjangan, mempunyai TIA akan membuat seseorang menjadi lebih berisiko untuk menghidap strok yang akan menyebabkan kerosakan kekal di masa hadapan.
Rujukan: https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/stroke/symptoms-causes/syc-20350113