SOALAN LAZIM STROK

Strok (juga dikenali sebagai penyakit serebrovaskular) berlaku apabila saluran darah yang membekalkan oksigen dan nutrien ke otak tersumbat akibat darah beku atau pecah. Apabila ia berlaku, sebahagian daripada otak tidak mendapat darah dan oksigen yang diperlukan, maka sel-sel otak akan mula mati.

Tahap dan lokasi kerosakan sel otak menentukan sama ada individu tersebut mengalami kesan strok yang minimal atau kritikal. Ini berlaku kerana bahagian otak yang berbeza mengawal fungsi badan yang berbeza. Kesan strok bergantung pada bahagian otak yang telah rosak. Strok kecil di kawasan kritikal otak boleh memberi kesan seumur hidup.

Oleh kerana sel-sel otak tidak tumbuh semula, kerosakan kepada sel-sel saraf akan kekal selamanya. Berjuta-juta sel otak mati setiap minit apabila strok tidak dirawat. Saluran darah yang pecah akan menyebabkan strok berdarah.

Rujukan: https://www.worldstrokecampaign.org/learn/stroke-facts.html

Apabila strok berlaku, anda perlu BE FAST untuk perhatikan tanda-tanda dan simptom strok:

Terdapat dua jenis strok yang disebabkan oleh saluran darah terpencil yang menghalang aliran darah ke otak:

  • Apabila saluran darah tersumbat dari dalam – Strok Iskemia
  • Apabila saluran darah pecah, menyebabkan kebocoran darah ke otak – Strok Berdarah

Rujukan: https://www.worldstrokecampaign.org/learn/stroke-facts.html

Setiap jam, terdapat 6 kes baharu strok yang berlaku di Malaysia. Kira-kira 52,000 rakyat Malaysia mengalami strok setiap tahun.

Rujukan: National Stroke Association (NASAM). http://www.nasam.org

Otak adalah organ yang sangat kompleks yang mengawal pelbagai fungsi badan. Sekiranya strok berlaku dan aliran darah tidak dapat mencapai kawasan otak yang mengawal fungsi badan tertentu,bahagian badan akan hilang keupayaan.

Misalnya, sekiranya strok berlaku di bahagian belakang otak, kemungkinan ada kecacatan yang melibatkan penglihatan akan berlaku. Kesan strok bergantung terutamanya pada lokasi halangan dan seteruk mana tisu otak terjejas.

Kesan strok bergantung pada beberapa faktor, termasuk lokasi halangan dan berapa banyak tisu otak yang terjejas. Walau bagaimanapun, kerana satu sisi otak mengawal bahagian bertentangan badan, strok yang memberi kesan kepada satu bahagian akan mengakibatkan komplikasi neurologi di sisi badan yang dikawal olehnya.

Otak Kiri

Sekiranya strok berlaku di otak sebelah kiri, bahagian kanan badan akan terjejas, mengakibatkan beberapa atau kesemuanya mengalami:

  • Lumpuh di bahagian kanan badan
  • Masalah penglihatan
  • Gaya tingkah laku yang laju dan ingin tahu
  • Kehilangan ingatan

Otak Kanan

Sekiranya strok berlaku di otak sebelah kanan, bahagian kiri badan akan terjejas, mengakibatkan beberapa atau kesemuanya mengalami:

  • Lumpuh di bahagian kiri badan
  • Masalah penglihatan
  • Gaya tingkah laku yang laju dan ingin tahu
  • Kehilangan ingatan

Rujukan: https://www.heart.org/en/about-stroke/effects-of-stroke

Umur Anda
Kumpulan terbesar orang yang menghidap strok berumur lebih dari 55 tahun dan risiko untuk menghidap strok meningkat apabila anda semakin tua. Ini kerana arteri kita secara semulajadi menjadi lebih sempit dan keras apabila kita meningkat usia.

Kondisi kesihatan yang sedia ada
Kondisi kesihatan yang sedia ada tertentu boleh meningkatkan risiko strok anda. Ia termasuk:

  • Tekanan darah tinggi
  • Kencing manis
  • Fibrillasi atrial
  • Kolesterol tinggi

Satu cara untuk mengurangkan risiko strok adalah anda perlu mengetahui sama ada anda mempunyai antara satu kondisi ini dan bekerjasama bersama doktor anda untuk menguruskannya.

Faktor Gaya Hidup
Gaya hidup kita mempunyai kesan besar terhadap risiko strok kita. Perkara-perkara seperti merokok, minum terlalu banyak alkohol, berat badan yang berlebihan dan makan makanan tidak sihat boleh merosakkan saluran darah, meningkatkan tekanan darah dan membuat darah anda berkemungkinan
besar untuk tersumbat. Terdapat banyak perubahan mudah yang boleh dilakukan pada gaya hidup anda yang dapat mengurangkan risiko strok.

Sejarah Keluarga
Sekiranya saudara terdekat (ibu bapa, datuk nenek, adik-beradik) mempunyai strok, anda berkemungkinan mempunyai risiko lebih tinggi.

Keturunan Etnik Anda
Sekiranya anda mempunyai asal-usul dari Asia Selatan, atau berlatar belakang Afrika atau Caribbean, anda menghadapi risiko strok yang lebih tinggi daripada orang lain di UK. Individu dari kumpulan-kumpulan ini mungkin lebih cenderung untuk mempunyai keadaan seperti kencing manis atau tekanan darah tinggi yang boleh meningkatkan risiko strok.

Rujukan: https://www.stroke.org.uk/what-is-stroke/are-you-at-risk-of-stroke

Jika anda menghidap strok iskemia, anda boleh dirawat dengan ubat yang melarutkan darah beku. Jika dirawat dengan cepat, kesannya lebih baik.

Prosedur endovaskular atau trombektomi mekanikal adalah salah satu cara untuk membuang bekuan darah bagi pesakit yang mempunyai sumbatan besar pada saluran darah.

Bagi prosedur ini, doktor akan menggunakan kerangka besi iaitu stent retriever. Kateter akan dimasukkan ke dalam arteri di pangkal peha sehingga ke arteri yang tersumbat di dalam otak. Kerangka besi akan dibuka dan darah beku akan dikeluarkan dari arteri. Tiub penyedut khas juga boleh digunakan untuk mengeluarkan darah beku tersebut.

Prosedur:

  • Perlu dilakukan dalam tempoh masa enam jam dari berlakunya simptom strok akut
  • Boleh memberi kesan yang lebih baik jika dilakukan dalam tempoh 24 jam
  • Harus memasukkan ubat melarutkan darah beku bagi pesakit yang sesuai

Rujukan: https://www.strokeassociation.org/en/about-stroke/treatment/ischemic-stroke-treatment

a) Kurangkan alkohol

Minum alkohol sebagai rutin akan meningkatkan risiko anda untuk menghidap strok. Kerajaan UK menasihatkan untuk meminum alkohol tidak lebih dari 14 unit dalam seminggu. Had minuman alkohol adalah sama bagi lelaki dan perempuan.

b) Berhenti rokok

Rokok meningkatkan risiko anda untuk menghidap strok. Apabila anda berhenti, risiko untuk menghidap strok anda akan turun dengan segera. Berhenti merokok merupakan antara perkara yang terbaik yang boleh dilakukan untuk kesihatan anda. Banyak bantuan disediakan sebagai sokongan untuk anda melakukannya dengan jaya.

c) Kurangkan saiz pinggang anda

Berat badan berlebihan membuatkan anda 20% lebih berisiko untuk menghidap strok. Risiko ini semakin meningkat mengikut kenaikkan berat badan. Selebihnya, obesiti juga meningkatkan risiko strok sehingga 64%. Berat yang berlebihan memberi kesan pada badan anda dalam banyak cara seperti meningkatkan risiko untuk menghidap tekanan darah tinggi dan kencing manis jenis 2 yang dikaitkan dengan strok. Jika saiz pinggang anda lebih dari 94cm (37 inci) bagi lelaki, atau 80cm (31.5 inci) bagi perempuan, anda berkemungkinan mempunyai berat badan yang berlebihan.

Anda boleh mengukur berat badan yang bersesuaian dengan ketinggian menggunakan BMI atau Indeks Jisim Tubuh. Setelah diukur, Indeks Jisim Tubuh perlulah di bawah 25 tetapi individu yang berketurunan dari Afrika, Carribbean dan Asia Selatan perlu menjadikan ukuran BMI lebih rendah dari 23. Hal ini kerana individu dari keturunan etnik tersebut lebih cenderung untuk menghidap penyakit seperti diabetes dan tekanan darah tinggi.

Jika anda dinasihatkan untuk menurunkan berat badan dan mengubah gaya hidup untuk menjadi lebih sihat, anda tidak perlu melakukannya dengan berseorang diri. Terdapat banyak sumber-sumber dalam talian seperti NHS One You dan aplikasi untuk berhenti merokok. Farmasi terdekat juga boleh memberi bantuan yang diperlukan. Keluarga dan rakan-rakan boleh memberi sokongan demi menggalakkan anda dengan bersama-sama untuk berubah ke gaya hidup sihat.

d) Mengamalkan pemakanan sihat

  • Kurangkan garam
  • Kurangkan gula
  • Kurangkan makan lemak
  • Lebihkan makanan serat
  • Seimbangkan gaya pemakanan anda

e) Aktifkan diri anda

Menjalani gaya hidup yang aktif boleh menurunkan risiko anda untuk menghidap strok. Sentiasa membuat pergerakan badan boleh membantu kesejahteraan emosi kerana isyarat yang dilepaskan ke otak membuatkan anda lebih sihat. Apabila anda meningkatkan aktiviti fizikal, ia akan membawa perbezaan pada kesihatan dan kesejahteraan anda secara menyeluruh. Bagi sesetengah orang, gaya hidup aktif boleh juga dilakukan dengan berjalan-jalan di dalam bilik lapang, menyertai kelas kecergasan atau berkebun.

Rujukan: https://www.stroke.org.uk/sites/default/files/reduce_your_risk_of_stroke_v2_april_2019.pdf