Kenal pasti gejala-gejala stroke dengan cepat

Ketahui lebih lanjut tentang ANGELs Initiative

Dapatkan jawapan kepada soalan-soalan yang lazim ditanya

Serangan strok merupakan satu kecemasan.
Setiap saat amat berharga untuk merawatnya.

Kita semua kenal seseorang yang pernah diserang penyakit strok. Mangsa penyakit ini berisiko tinggi untuk lumpuh atau kurang upaya seumur hidup. Situasi ini dapat dielakkan jika rawatan strok dapat diberikan dengan kadar segera.

Jika seseorang di sekeliling anda mengalami serangan strok, segera bawa mangsa ke hospital khusus untuk rawatan. Dapatkan lokasi hospital strok yang berdekatan melalui laman ini.

MyStroke Hospital adalah hasil kerjasama antara ANGELs Initiative dan Malaysia Stroke Council. Laman web penuh maklumat ini disasarkan kepada penghidap penyakit strok, para penjaga serta bekas pesakit strok.

Kerjasama ini bertujuan menghasilkan sumber maklumat lengkap berkaitan penyakit strok yang boleh dijadikan panduan untuk sesiapa yang menghidap penyakit ini.