You are currently viewing Kelaziman Strok dan Epidemiology

Kelaziman Strok dan Epidemiology

  • Post category:Artikel

Kelaziman Strok.

Strok dianggap menjadi punca utama kecacatan kronik, punca penyakit demensia kedua tertinggi, dan punca kematian keempat tertinggi di Amerika Syarikat. Di Malaysia, strok direkod sebagai punca kematian kedua tertinggi menurut Malaysian National Burden of Diseases Study dan kajian tentang pendaftaran penting pada tahun 2000.

Pada tahun 2009, strok disenaraikan sebagai punca kematian ketiga tertinggi untuk lelaki, selepas penyakit jantung iskemia dan pneumonia.

Manakala untuk wanita, ianya merupakan punca kematian kedua tertinggi selepas penyakit jantung iskemia.

Kelaziman strok di Malaysia adalah dianggarkan sebanyak 0.3% antara rakyat Malaysia semasa Tinjauan Kebangsaan Kesihatan Dan Morbiditi Nasional (NHMS) tahun 2006.

Dalam tinjauan NHMS keempat tahun 2011, kelaziman strok dilaporkan sebanyak 0.7%,
  • 1.7% = 55-59 tahun
  • 2% = 60-64 tahun
  • 3% = 65-69 tahun
  • 5% = 70-74 tahun
  • 8% = 75 tahun keatas
Tinjauan yang sama menunjukkan kelaziman strok yang tinggi antara mereka yang bercerai (2.5%) berbanding dengan yang bujang (0.1%) dan berkahwin (0.9%).

Strok Epidemiologi

Faktor-faktor Strok

Purata umur permulaan strok di Malaysia adalah antara

54.5 and 62.6 tahun

Perbandingan pendaftaran strok rakyat dewasa muda Malaysia dan Australia berumur di antara 18 dan 49 tahun menunjukkan umur permulaan dan nisbah jantina yang boleh dibandingkan untuk strok iskemia. Purata umur tersebut adalah 41.5±8.8 tahun untuk Malaysia dan 40.1±8.8 tahun untuk Australia dengan nisbah jantina lelaki kepada wanita masing-masing 1.4: 1 dan 1.54: 1.
Satu lagi kajian menunjukkan bahawa 92% pesakit strok berumur ≥50 tahun, dan lelaki (52%) lebih terkesan berbanding wanita. Pesakit yang mempunyai strok di Malaysia adalah lebih kurang 10 tahun lebih muda berbanding pesakit di negara-negara maju (62.8 lawan 72.3 tahun).
Dalam dua pertiga kes strok yang dilaporkan di Malaysia merupakan strok iskemia, dan selebihnya adalah strok berdarah (perdarahan intraserebral dan subarachnoid).

Keadaan kesihatan juga menjadi faktor punca terjadinya strok yang didorong oleh hipertensi dan diikuti oleh kencing manis, penyakit jantung iskemia, penyakit kardiovaskular dan dislipidemia. Penyakit-penyakit ini juga kebanyakkannya ditemui di kalangan lelaki. Selain itu, faktor gaya hidup seperti merokok, mengambil alkohol dan obesiti didapati menyumbang kepada risiko mendapat strok, dan sesetengah daripadanya bergantung kepada dos. Depresi dan demesia juga dikatakan boleh dikaitkan dengan strok.

Rujukan

  1. Aziz, Z., Lee, Y. Y., Awang Ngah, B., Sidek, N. N., Looi, I., Hanip, M. R., & Basri, H. (2015). Acute Stroke Registry Malaysia, 2010-2014: Results from the National Neurology Registry. Journal of stroke and cerebrovascular diseases: the official journal of National Stroke Association.
  2. Cheah, W. K., Hor, C. P., Abdul Aziz, Z., & Looi, I. (2016). A Review of Stroke Research in Malaysia from 2000 – 2014. Med J Malaysia Vol 71 Supplement 1.
  3. Chin, Y. Y., Harith, S., Ahmad, A., & Mukhali, H. B. (2008). Prevalence, risk factors and secondary prevention of stroke recurrence in eight countries from south, east and southeast asia: a scoping review.Med J Malaysia Vol 73 No 2.